SULTAN IBRAHIM BUAT LAWATAN MENGEJUT KE LITAR "PUMP TRACK" BATU PAHAT
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membuat lawatan mengejut ke Litar 'Pump Track' di Taman Linear Bandar, Batu Pahat hari ini (27 April).
Kebetulan hari ini merupakan hari majlis perasmian litar berkenaan dan keberangkatan Baginda Tuanku Sultan turut memeriahkan lagi suasana.
DYMM Sultan Johor meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai.
Litar 'Pump Track' ini merupakan sebuah litar untuk aktiviti sukan basikal lasak jenis BMX dan 'mountain bike', kini menjadi tarikan terbaru bagi penggiat sukan berkenaan di daerah itu.
Litar di Batu Pahat adalah yang ketiga di Johor selepas di Larkin dan Kluang, cerminan kepada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sihat untuk aktiviti riadah golongan belia.